Khamis

CERITA KANAK-KANAK

PUTRI GUNUNG LEDANG

Di atas puncak Gunung Ledang, tinggal seorang tuan puteri yang sangat jelita, dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang. Namun, Puteri Gunung Ledang bukanlah tinggal keseorangan di atas gunung itu. Dia ditemani oleh para dayang yang menjadi teman dan pembantu setianya. Malah, kononnya turut terdapat seorang nenek kebayan tinggal bersama-sama dengan mereka. Segelintir penduduk di beberapa buah kampung berhampiran kaki Gunung Ledang sering mendaki gunung itu. Mereka mencari pelbagai jenis hasil hutan di atas gunung itu. Sekali-sekala, mereka terserempak dengan puteri Gunung Ledang. Hal ini demikian kerana Puteri Gunung Ledang sering memberikan pertolongan apabila mereka tersesat jalan atau ditimpa sesuatu kesusahan.Oleh yang demikian, nama Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan dan termasyhur ke mana-mana.

Sekali, kemasyhuran Puteri Gunung Ledang yang terkenal sangat jelita itu sampai kepada pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang sedang memerintah di negeri Melaka. Timbullah hasrat dalam hati baginda untuk menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya.

Sultan Mahmud Syah lalu memaklumkan hasratnya itu kepada sekalian pembesarnya. Terkejutlah para pembesar baginda apabila mendengar kata-kata itu. Namun, masing-masing hanya berdiam diri kerana tidak berani menegur kehendak Sultan Mahmud. Malahan, Datuk Bendahara juga tidak berani bersuara apa-apa."Bukanlah mudah untuk mencari Puteri Gunung Ledang itu kerana bukan semua orang bertuah dapat bertemu dengannya," fikir Datuk Bendahara dalam hatinya.

Namun, apalah daya bagi Datuk Bendahara. Beliau tahu, Sultan Mahmud sangat bengis dan pantang dihalang segala kehendak hatinya. Jika ada sesiapa yang ingkar, mautlah padahnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah beliau memilih dan menentukan beberapa orang daripada kalangan pembesar istana untuk pergi mencari dan meminang Puteri Gunung Ledang.

Datuk Bendahara memilih Tun Mamat sebagai ketua. Tidak ketinggalan, beliau turut memilih Datuk Sang Setia supaya ikut serta dalam rombongan itu. Beliau berharap Datuk Sang Setia, sebagai seorang tua yang berpengalaman luas, akan dapat turut membantu Tun Mamat.

"Beta mahu Datuk Laksamana Tun Tuah turut pergi bersama-sama!" titah Sultan Mahmud.

Terkejutlah Datuk Bendahara mendengar titah itu. Beliau sengaja telah mengecuali Laksamana Hang Tuah kerana tidak ingin membebankannya dengan sebarang kerja berat lagi. Lebih-lebih lagi kerana Laksamana Hang Tuah ketika itu sudah sangat berusia dan selalu pula berkeadaan uzur.

Laksamana Hang Tuah memahami perasaan hati Datuk Bendahara. Namun kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan, beliau tetap patuh pada titah itu.

"Ampun, tuanku! Titah tuanku tetap patik junjung," sembah beliau.

Sukacitalah hati Sultan Mahmud bukan kepalang apabila mendengar sembah Laksamana Hang Tuah. Baginda sangat mengharapkan cita-citanya akan tercapai.

Tiba hari ditetapkan, berangkatlah rombongan utusan Sultan Mahmud menuju ke Gunung Ledang. Jauhnya bukan kepalang. Perjalanannya pula bukan mudah untuk ditempuhi. Meredah rimba belantara, menyeberang sungai, mendaki bukit, dan menuruni lurah.Namun, segala pahit getir itu terpaksa mereka tempuhi.

Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung berhampiran Gunung Ledang itu. Terceganglah orang kampung apabila mengetahui bahawa rombongan itu adalah utusan daripada Sultan Melaka yang datang untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Namun, tiada seorang pun daripada kalangan orang kampung itu yang berkesanggupan untuk menolong mereka.

"Bukan kami tidak ingin membantu," ujar penduduk kampung. "Kami sendiri tidak mengetahui di manakah sebenarnya tempat tinggal Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu."




"Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula

Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.

Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu.

"Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.



Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.

"Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun," sampuk yang lain pula.

Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.

Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung Ledang di atas gunung itu.

"Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.

Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.



Tiangnya diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula diperbuat daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut dalam hati Tun Mamat.

Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tiba-tiba saja datang mengelilinginya.

"Tuan hamba ini datang dari mana?" salah seorang gadis itu menegur Tun Mamat.

Tun Mamat segera menjawab, "Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang."

Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu. Dia lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan tujuan kedatangannya itu.

"Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka?" ujar nenek kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula.

.
Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju menjadi permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat memenuhi semua syarat peminangan yang dikehendaki.

"Apakah syarat-syarat peminangan itu?" Tun Mamat ingin tahu.

Nenek kebayan menjelaskan, "Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka hendaklah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh tempayan berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh tempayan air mata, tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati kuman, serta semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah putera Sultan Melaka."

Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu. Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa.

Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan Mahmud tidak berkecil hati.

Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ. Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang Tuah.

"Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?" Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat.

"Tidak!" jawab Tun Mamat. "Hamba hanya berpeluang bertemu dengan nenek kebayan sahaja."

"Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja menyamar menjadi seorang perempuan tua," ujar Laksamana Hang Tuah.

Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa beliau rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu.

"Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka," kata Tun Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia tertawa mendengar kata-kata Tun Mamat itu.

Mereka segera berangkat pulang ke Melaka.

Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala peminangan yang telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang.

Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu. Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.


Hanya Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling berpandangan. Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu agar tidak mengecilkan hati Sultan Melaka.

Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu.


Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya, "Jikalau beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi, syarat semangkuk darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta penuhi. Tiadalah sanggup beta mengambil darah daripada putera beta sendiri, semata-mata untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang."

Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud itu.

Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian.

"Wahai Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja tentang Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri Melaka. Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu," ujar Sultan Mahmud.

Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang Melaka pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya.

Salah sebuah pantun yang pernah diungkapkan oleh Puteri Gunung Ledang dan dayang-dayangnya tinggal menjadi sebutan orang di sepanjang zaman, sampailah sekarang :

Dang Nila memangku puan,
Lemak sisik ikan pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada?

Sumber: Galeri Cerita Zoom-A

CERITA SANG KANCIL


Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Sekian

CERITA KANAK-KANAK


Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan
lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan
yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia
bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

KEM BESTARI SOLAT 2010

PROGRAM TRANSISI

PERHIMPUNAN PAGI